KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Idul Fitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu 1446H/2026M di Wisma Indonesia, di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah Tussin dan Hajiji bersama isteri, disambut oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi dan isteri.
Majlis diteruskan dengan jamuan makan, diiringi dengan persembahan nyanyian, yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dengan menghimpunkan pelbagai lapisan tetamu jemputan.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M.Yahya dan Timbalannya, Datuk Al Hambra Juhar.
