Tiga anggota polis didkawa atas tuduhan minta dan terima rasuah

LABUAN: Tiga anggota polis berpangkat Lans Koperal dan dua lagi berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sekyen atas tuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan jumlah keseluruhan RM2,000.

Seorang daripada mereka didakwa meminta RM500 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Orang Kena Pengawasan (OKP) di pusat bandar Labuan pada 2018.

Manakala dua lagi  didakwa menerima RM1,500 daripada sorang individu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan tidak memiliki lesen memandu serta dokumen perjalanan yang sah berhampiran pusat bandar pada 2022.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (a) Akta  SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan  boleh dikenakan hukuman maksimum penjara  20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu Hakim Jason membenarkan setiap  tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan mereka melapor diri ke Pejabat SPRM yang berdekatan dua bulan sekali serta menyerahkan dokumen perjalanan mereka  kepada Mahkamah.

Hakim Jason menetapkan kes sebutan semula pada 17 Mei 2024.