24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Tiada lagi PKP, kawalan lebih ketat di sempadan negara – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 11 JanĀ  — Kerajaan tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kawalan lebih ketat akan dilaksanakan di pintu masuk dan keluar negara, dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mengambil kira perkembangan jangkitan varian Omicron, langkah kawalan tersebut perlu ditambah baik termasuk menyenaraikan lebih banyak negara berisiko tinggi.

ā€œSetakat ini sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia. Sebahagian besar kes jangkitan di negara kita ini masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

ā€œKita akan ambil langkah kawalan lebih ketat, tetapi PKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula,ā€Ā katanya pada sidang media selepas mesyuarat kuatert menteri COVID-19 di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri KesihatanĀ Khairy Jamaluddin, Menteri PengangkutanĀ Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Perpaduan NegaraĀ Datuk Halimah Mohamed Saddique

– BERNAMA

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles