Tham gesa menteri selaras tindakan agensi selesai isu kebocoran air

KOTA KINABALU: ADUN Likas, Tham Yun Fook menggesa Menteri Kerja Raya Sabah campur tangan bagi menyelaras tindakan pelbagai agensi dalam menangani isu kebocoran air yang berlarutan di hadapan Hospital KPJ Sabah di Luyang.

Menurut beliau, pelbagai usaha termasuk pemeriksaan, pemantauan dan kerja pengorekan telah dijalankan namun punca sebenar aliran air masih belum dikenal pasti.

Katanya, isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya selain berisiko menyebabkan kerosakan struktur jalan.

Tham turut mencadangkan supaya kerajaan mendapatkan khidmat pakar teknikal luar sekiranya perlu bagi mempercepatkan usaha mengenal pasti punca sebenar kebocoran tersebut.