KOTA KINABALU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diperkenalkan di Pusat Latihan Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di Marasinsim Kota Marudu bermula bakal Julai ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Sapawi Ahmad berkata pihaknya bekerjasama dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) kepada lepasan pusat tahfiz Al-Quran di seluruh Sabah.
“Usaha membangunkan pusat latihan kepada lepasan tahfiz ini bagi membolehkan mereka mendapatkan peluang memajukan diri dalam bidang teknikal sekali gus memudahkan golongan ini mendapat peluang pekerjaan lebih meluas.
“Diharap kerjasama bersama NGO ini selaras dengan pelan strategik USIA yang mana sedang berusaha membugar atau membangun semula pertubuhan yang sudah menjangkau 54 tahun ini menjadi kembali bersinar semula,” katanya di sini hari ini.
Sapawi berkata, ini sekali gus memberi peluang kepada lepasan tahfiz memperoleh bidang pekerjaan serta dapat mempelajari ilmu mengikut keperluan dunia pekerjaan di masa depan.