Masalah projek Star City akan ditangani secara terbaik – Phoong Jin Zhe

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe beliau memberi jaminan akan membantu mencari penyelesaian terbaik kepada masalah projek Star City terbengkalai sejak sekian lama.

“Saya faham banyak komplikasi berkenaan Star City yang berlarutan semenjak 18 tahun lepas, tapi saya akan menjadikan keutamaan saya mengkaji projek ini dan seterusnya cuba membantu keperluan para pembeli Star City sedia ada.

“Saya akan cuba sedaya upaya membantu mencari penyelesaian terbaik untuk kedua belah pihak, para pembeli dan Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) dalam isu ini,” katanya di sini hari ini.

Ketika menghadiri dialog antara PEKESTAR dan Fusun International Holding LTD memberi jaminan akan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Phoong mengingatkan bahawa beliau dipilih oleh rakyat dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyelesaikan isu berbangkit di Kota Kinabalu.