Tawau Retro Day, kumpul kereta classic retro

TAWAU : Tawau Retro Day 2023 yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau mengumpulkan pelbagai kereta classic retro dari pelbagai jenama pengeluar kereta.

Program dirasmikan oleh Naib Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Apas Mustaqeem Datuk Tawfiq semalam mewakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam dalam program Tawau Retro Day, kumpul kereta classic retro di Tawau.

Berucap pada majlis itu, Mustaqeem berkata automotif sememangnya antara acara yang tidak asing lagi di Tawau dan penganjuran seperti ini sememangnya sangat dinantikan para penggemarnya.

Justeru itu, katanya, pihaknya mengalu-alukan dan menyokong penganjuran acara itu bagi memberi peluang kepada peminat kereta menyertai aktiviti yang berkaitan dengan minat mereka.

Pada masa Sama, katanya, acara ini mempelbagaikan lagi penganjuran acara di daerah ini.