Festival Bagadang Labuan 2023 angkat martabat etnik Bisaya

LABUAN: Penganjuran Festival Bagadang Labuan 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan mampu mengangkat martabat budaya etnik Bisaya.

Pembantu Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ruslan Muharam berkata, penganjuran Festival Bagadang Labuan 2023 yang menampilkan  kebudayaan dan kesenian kaum Bisaya merupakan  usaha murni.

Katanya ianya bukan sahaja  dalam memartabatkan buday etnik Bisaya, malah mampu menarik minat masyarakat pelbagai kaum yang lain.

Justeru itu, katanya, anak muda perlu diberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai warisan kebudayaan  etnik khususnya kaum Bisaya agar usaha memartabatkan  keunikan budaya kaum ini terus dipelihara dan dipertahankan.

Ruslan yang juga Presiden PBBS berharap penganjuran program  tersebut  perlu diteruskan  di perluaskan dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan terutamanya Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan juga Perbadanan Labuan.

“Usaha sedemikian perlu mendapat sokongan kerana bukan sahaja memartabatkan budaya tradisi kaum  malah menjadi produk pelancongan yang mampu menjadi daya tarikan pelancong luar dari Labuan,” katanya ketika merasmikan Festival Bagadang Labuan 2023 yang diadakan di sini, semalam.

Festival yang berlangsung selama tiga hari itu telah menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk peragaan pakaian etnik Bisaya, dan Pertandingan Bagadang.