KOTA KINABALU: United Malaysia, Kelab penyokong rasmi Manchester United mengadakan Hari Keluarga 2023, hari ini.
Ini merupakan acara Hari Keluarga pertama yang diadakan oleh kelab itu sejak sekatan pergerakan COVID 19 dikenakan pada 2020.
Presidennya Batholomew Jingulam berkata acara itu sentiasa menjadi salah satu program United Malaysia yang dianjurkan sebelum wabak itu.
“Seronok melihat ahli kami dan keluarga mereka berkumpul dengan keluarga Manchester United selepas sekian lama.
“Selain cintakan kelab kami, kami juga memberi keutamaan kepada nilai kekeluargaan sebagai sebahagian daripada United Malaysia dalam melakukan sesuatu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk kanak-kanak termasuk pertunjukan silap mata dan permainan interaktif.
Pengerusi penganjur Anita Dingkawan berkata kira-kira 100 ahli dan keluarga mereka hadir ke majlis itu.