LAHAD DATU: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Silam Lahad Datu–Tawau hari ini sehingga menjejaskan laluan utama dan menyebabkan kenderaan dari kedua-dua arah terkandas.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu turut mengakibatkan kesesakan trafik melibatkan pengguna jalan raya dari arah Lahad Datu menuju Tawau serta laluan sebaliknya.
Difahamkan, pihak berwajib sedang giat menjalankan kerja pembersihan dan menimbus kawasan runtuhan bagi memastikan laluan berkenaan dapat digunakan semula dengan selamat.
Selain itu, laluan kecemasan dan lencongan sementara turut sedang dibina bagi membolehkan pergerakan kenderaan diteruskan secara terkawal sementara kerja pemulihan dijalankan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut serta mematuhi arahan petugas keselamatan dan pihak berkuasa di lokasi kejadian.
Orang ramai juga disaran merancang perjalanan lebih awal berikutan keadaan trafik yang perlahan di kawasan terjejas.
