Tanah Runtuh di Jalan Penampang–Tambunan: Kerja Pembersihan Dipercepat – Hajiji

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor meninjau lokasi tanah runtuh di Jalan Penampang–Tambunan sejurus tiba dari Kuching pagi tadi.

Laluan kini dibuka satu lorong, namun beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi supaya menambah jentera dan menjalankan kerja 24 jam.

“Ini agar kedua-dua lorong boleh digunakan dalam tempoh dua hari demi keselamatan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Menteri turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, dan memaklumkan Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan khairat kematian serta membina semula kediaman terjejas.