31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal

JOHOR BAHRU: Taktik seorang penjenayah membakar mercun untuk mengalihkan perhatian orang ramai sebelum cuba menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Taman Mutiara Rini, Skudai dekat sini, malam tadi gagal apabila beliau ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam tadi.

“Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan yang tidak bersenjata telah membakar mercun di ruang tengah pasar raya, sebelum meluru masuk menuju pintu hadapan kedai ketika pintu shutter premis berkenaan yang sedang ditutup separuh sebelum terus ke tempat peti besi di belakang premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata lelaki berkenaan turut menumbuk pengurus wanita kedai berkenaan menyebabkan mangsa cedera di pipi kiri.

Polis turut merampas topeng muka, pemetik api, sepasang sarung tangan dan mercun.

Beliau berkata setelah disiasat, lelaki berkenaan didapati mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan enam kes jenayah samun dan satu kes curi kenderaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas lelaki berkenaan akan dibuat hari ini.

— BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles