Syarikat ASB Sdn. Bhd. dilandasan terbaik dalam meningkatkan operasinya.

LABUAN : Syarikat Asian Supply Base Sdn. Bhd yang mlaksanakan rangkaian bekalan luar pantai berada di landasan terbaik dalam meneroka bidang baharu minyak dan gas.

Pengerusinya, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman berkata, ASB Sdn. Bhd yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah berpangkalan di Labuan yang kini memasuki 40 tahun pengoperasiannya akan terus berkembang sekaligus membantu memacu ekonomi Labuan.

“Kami yakin ASB Sdn. Bhd yang akan memasuki sambutan ulang tahun 40 tahun kini berada dilandasan dalam pengopersiannya dan ini sekaligus bukan sahaja mampu memacu pertumbuhan ekonomi Labuan tetapi juga meningkatkan aktiviti minyak dan gas yang diterokai sejak tahun 1984,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ASB 2024 yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, dekat sini pada Selamat lepas.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan logo sambutan ulang tahun ke 40 ASB yang bakal diadakan sambutannya pada 17 Ogos ini.

Dalam pada itu, Suhaili yang juga Ahli Parlimen Labuan melahirkan penghargaan kepada kakitangan ASB termasuk kepada kerajaan negeri Sabah yang banyak membantu meningkatkan serta menyokong cadangan syarikat membuka kaunter pertukaran kru industri minyak dan gas masuk yang mula beroperasi sejak awal April lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd Japar Estaban, Pengarah Jabatan Imigresen Labuan Reymaond Entalai, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Hafiez Daud dan Ketua Bahagian parti PGRS Labuan Rosli Awang Damit serta staff dan ahli keluarga ASB Sdn. Bhd.