Suhami menjunjung kasih kesudian Yang di-Pertuan Agong adakah Kembara Kenali Borneo untuk lihat sendiri keadaan pembangunan, rakyat Sabah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menjunjung kasih diatas kesudian Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan program lawatan Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan bagi melihat sendiri keadaan pembangunan dan rakyat di negeri Sabah.

Katanya masalah kerosakan jalan raya merupakan perkara utama diluahkan oleh rakyat Sabah secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong sepanjang lawatan baginda di Sabah dan keadaan jalan raya di Sabah ini juga turut mendapat reaksi oleh Baginda.

“Saya berasa sedih apabila melihat setelah 66 tahun kita Merdeka dan bakal menyambut hari Malaysia ke 60 tahun namun isu kemudahan jalan raya di Sabah seolah-olah tidak mendapat perhatian yang serius dan sewajarnya oleh pihak Kerajaan,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata masih terdapat banyak lagi jalan gravel atau batu kerikil yang tedapat di kawasan kampung-kampung di dalam kawasan parlimen Libaran yang sudah sampai masanya perlu diturap dengan baik bagi memberi keselesaan masyarakat setempat.

Justeru, katanya, besar harapan saya agar Perdana Menteri bersama Menteri Kerja Raya supaya dapat turun sendiri ke Parlimen Libaran ini bagi melihat keadaan jalan raya disana dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

Dalam pada itu, Suhaimi juga bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkenaan isu kelewatan perlaksanaan sesebuah projek di Sabah seperti yang dikeutarakan dalam ucapan beliau semalam.

“Saya ingin membangkitkan berkenaan isu Jalan Gum-Gum ke Batu 32 yang sudah dimasukkan peruntukan pembaikannya sejak RMK10 namun begitu sehingga KSP RMK12 ini masih belum terlaksana.

“Saya juga turut dimaklumkan pembinaan jalan baru lintas Libaran yang terut telah mempunyai peruntukan untuk pembinaannya tetapi sehingga kini pelaksanaan pembinaan jalan ini masih belum berjalan.
“Saya berharap agar Kerajaan menyegerakan segala perancangan pelaksanaan projek-projek yang telah direncanakan di dalam RMK12 bagi memastikan segala perancangan projek dapat diselesaikan mengikut ketetapan masa yang diberi,” katanya.

Suhaimi turut menyentuh isu bekalan air di Sabah yang bukanlah satu isu baru yang berlaku di negeri ini. Malahan pada masa kini terdapat penduduk yang tidak menerima bekalan air sehingga dua atau tiga hari dan berulang hingga dua kali seminggu atau lapan kali sebulan.

Katanya masalah utama berkenaan kekurangan bekalan air bersih di kawasan parlimen Libaran adalah disebabkan kapasiti bekalan air terawat tidak lagi dapat menampung keperluan air bersih bagi penduduk di sekitar.

“Saya difahamkan kajian untuk membina muka sauk baharu bagi loji rawatan air sudah ada dilaksanakan namun ianya hanya kekal diperingkat kajian. Saya juga ingin membangkitkan berkaitan isu paippaip di kawasan parlimen Libaran yang sudah lama dan perlu dinaiktaraf bagi memastikan isu paip pecah yang berulang dapat diatasi.