Suhakam sampai taklimat laporan Isu Identiti di Sabah kepada Ketua Menteri

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memberi taklimat mengenai laporan Kolokium Isu Identiti di Sabah.

Ia antaranya Merapatkan Realiti dan Pemangkin Perubahan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor oleh Pesuruhjaya Suhakam Sabah, Datuk Mariati Robert.

Dalam kunjungan tersebut  Suhakam menyampaikan taklimat tersebut semasa kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Suhakam mengadakan Kolokium diadakan pada November tahun lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah membincangkan keadaan orang tanpa kerakyatan di Sabah dan tindakan dari perspektif hak asasi manusia.

Turut hadir, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh.