PUTATAN : Sudah sampai masanya Ibu Pejabat Polis Daerah Putatan diwujudkan sejajar dengan status daerah penuh dan keperluan penduduk serta pembangunan pesat di daerah itu.
Ketua Bahagian UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata ketika ini Daerah Putatan masih dibawah IPD Penampang dan apa salahnya IPD Putatan diwujudkan.

Katanya perkara ini telah beliau suarakan kepada pihak berwajih termasuk kepada Pejabat Daerah Putatan untuk menyediakan awal tapak sesuai untuk IPD Putatan jika pembinaanya diluluskan kelak.
“Kami di UMNO Putatan dengan harapan besar IPD Putatan dapat diwujudkan bagi memudahkan urusan dan kawalan keselamtan di daerah ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Minum Petang UMNO Putatan Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah di sini, hari ini.
Jeffery Nor yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah penduduk di daerah Putatan sudah lebih 100,000 penduduk dan sudah tentu terdapat keperluan pewujudan IPD baharu di daerah ini.
Dalam perkembangan berkaitan, perkara sama juga perlu untuk Ikatan Relawan Malaysia (RELA) untuk daerah Putatan sendiri.
Katanya ini bagi memudahkan urusan pentadbiran dan peruntukan jika Putatan mempunyai RELA daerah sendiri dan tidak dibawah RELA Daerah Penampang.
Terdahulu pada majlis itu, Shamsul Anuar dalam ucapannya berkata beliau akan membawa kedua-dua perkara itu kepada pihak pengurusan KDN untuk dilihat dan diperincikan.
Katanya pertimbangan teliti dibuat dalam mewjudkan IPD Baharu dengan mengambil kira komposisi jumlah penduduk dan indeks jenayah.