KOTA KINABALU : Kerajaan diperuntukkan tapak di bandar baharu Ulu Dusun melaksanakan pembangunan secara berperingkat tertakluk kepada kelulusan peruntukan kewangan di dalam Rancangan tempoh lima tahun.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, setakat ini hanya pihak Sedcovest Sdn Bhd dan Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LPPB) membangunkan tapak diperuntukkan melalui pembinaan Kawasan rehat dan rawat (R&R) serta gerai Sedcovest dan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).
Katanya, setakat ini gerai Sedcovest siap sepenuhnya pada tahun 2005 sekali gus telah beroperasi sepenuhnya.
“Sementara itu, pihak LPPB sedang giat membina sebanyak 27 unit rumah kos rendah di bandar baharu berkenaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio ekonomi di kawasan tersebut.
“Kerja-kerja pembinaan rumah setakat ini telah mencapai 98 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini,” katanya pada jawapan lisan soalan (Datuk Suhaimi Nasir – ADUN Dilantik) di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Soalan Suhaimi mengenai status terkini projek pembangunan Bandar Baharu Ulu Dusun, Batu 32 “Check Point” yang dikendalikan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).
Selain itu, menurut Joachim beberapa jabatan serta agensi kerajaan yang diperuntukan tapak di pekan itu untuk melaksanakan pembangunan serta bangunan di kawasan tersebut.