Sidang DUN Sabah – Kerajaan Negeri komited selesaikan proses tender 19 pakej kerja projek Pan Borneo Fasa 1B jajaran 366km

KOTA KINABALU: Dalam aspek pembangunan infrastruktur jalan raya, Kerajaan Negeri juga komited untuk menyelesaikan proses tender bagi 19 pakej kerja untuk projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B dengan jajaran 366 kilometer melibatkan kos RM15.7 bilion dalam tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, setakat ini Surat Setuju Terima (SST) bagi empat (4) daripada baki 19 pakej kerja tersebut iaitu WP12, WP13, WP14 dan WP16, akan dikeluarkan sebelum penghujung tahun 2023.

Manakala, SST bagi baki 15 pakej kerja disasarkan untuk dikeluarkan selewat-lewatnya menjelang bulan Mac 2024, katanya pada jawapan lisan oalan (Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin-Nabawan) di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menurutnya, selain projek-projek yang telah saya sebutkan tadi, antara projek-projek infrastruktur lain yang sedang dalam pelaksanaan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuklah projek-projek Loji Rawatan Kumbahan (LRK), Program Jalan Luar Bandar (JALB), Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Program Rancangan Tebatan Banjir (RTB).