29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Seramai 923 mangsa banjir dipindahkan di Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 923 mangsa banjir daripada 301 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah pagi ini, meningkat berbanding 801 mangsa daripada 248 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom, sebuah daerah di pedalaman negeri, paling terjejas dengan 396 mangsa banjir daripada 125 keluarga dipindahkan di lima PPS di daerah itu.

Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 117 mangsa daripada 32 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Gunting (33 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Pagukon (200 mangsa, 73 keluarga); dan Kompleks Sukan Tenom (17 mangsa, enam keluarga).

Trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir di Sabah ketika ini adalah kekal, manakala cuaca baik di kebanyakan kawasan di Sabah pagi ini,” kata kenyataan itu. 

Sementara itu di Keningau, sebanyak 327 mangsa daripada 120 keluarga dipindahkan melibatkan PPS di Dewan Gereja Kampung Senangang (215 mangsa, 68 keluarga); dan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (112 mangsa, 52 keluarga).

Menurut kenyataan itu, di Sipitang seramai 129 mangsa banjir membabitkan 43 keluarga dipindahkan membabitkan PPS di Dewan Mini Mesapol (48 mangsa, 16 keluarga); dan Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Chung Hwa Mesapol (81 mangsa, 27 keluarga).

PPS di Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak menempatkan 62 mangsa daripada 12 keluarga manakala Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang menempatkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles