Selamat Tahun Baru daripada Sabah News Today

Menjelang tengah malam ini, kita meninggalkan satu lagi tahun yang mencabar dari segi politik dan ekonomi serta menyambut ketibaan 2023.

12 bulan lalu rakyat di negeri ini khususnya di Sabah dan Malaysia amnya menyaksikan kehidupan kembali separa normal dengan kebanyakan SOP sekatan utama Covid-19 ditarik balik.

Sabah News Today yakin tahun baru ini akan membawa satu cabaran baru.

Sabah News Today  mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua – khususnya pembaca setia kami.

Semoga 2023 menjadi tahun kita melihat kemakmuran sebenar dalam pelbagai bidang, di bawah pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ke arah reformasi institusi yang dijanjikan dan menghormati kebebasan awam.

Sabah News Today akan kembali sepenuhnya pada tahun baru ini untuk terus memberi anda lebih banyak berita dan pandangan yang penting.

Terima kasih atas sokongan pembaca semua kepada Sabah News Today selama ini.