STB cadang tubuh sekretariat khas Tahun Melawat Sabah 2027

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah mencadangkan penubuhan sebuah sekretariat khas bagi menyelaras persiapan menjelang Tahun Melawat Sabah 2027, termasuk memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi kerajaan dan pemain industri pelancongan.

Cadangan itu dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah STB yang dipengerusikan oleh Joniston Bangkuai.

Menurut Joniston, VSY2027 memerlukan pendekatan melibatkan keseluruhan kerajaan serta industri bagi memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara tersusun dan memberi impak maksimum kepada ekonomi negeri.

Beliau berkata, sekretariat itu dicadangkan membabitkan kementerian berkaitan, pihak berkuasa tempatan, jabatan imigresen, pihak berkuasa lapangan terbang serta pemain industri termasuk hotel, syarikat penerbangan, pengusaha pelancongan, peruncit dan pengusaha pelancongan luar bandar.

Dalam perkembangan sama, STB meluluskan slogan “Naturally Inspiring” sebagai tagline rasmi VSY2027, selain menyokong usaha mengadakan sesi libat urus bersama Armizan Mohd Ali berhubung cadangan memasukkan sektor pelancongan Sabah di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).