PENAMPANG: RTM Sabah akan terus melaksanakan kerja amalnya menerusi program Tanggungjawab sosial korporat (CSR) selaras dengan saranan konsep ‘Keluarga Malaysia’ di negeri ini.
Pengurus Sabah FM, Felix Lee Leng Pink berkata, hari ini RTM Sabah menerusi Unit Sabahfm dan Sabahvfm serta pendengar siaran Bajau turut bersama-sama membantu penduduk Kampung Suok Maang Sugud, Penampang yang terjejas banjir pada 15 September 2021.
Katanya, ini merupakan satu pendekatan yang dilakukan oleh Sabahfm serta Sabahvfm untuk membantu mangsa banjir sekali gus bergotong-royong membersihkan kawasan rumah yang terjejas banjir lumpur.
“Kami melihat sendiri bagaimana penderitaan yang dialami mangsa banjir sehingga mereka kehilangan harta benda mereka rosak sambil banjir lumpur termasuk berhempas pulas membersihkan banjir lumpur di halaman rumah mereka.
“Ini merupakan peluang serta pengalaman sendiri kalangan penyampai kedua-dua Unit ini untuk menyelami sendiri masalah yang dialami penduduk kampung sehingga mereka melihat sendiri susah payah penduduk kampung membersihkan kawasan rumah mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program CSR Radio RTM Prihatin 2021 di Kampung Suok Maang Sugud, Penampang di sini hari ini.
Felix berkata, kesan banjir lumpur masih tidak dapat dibersihkan sepenuhnya meskipun banjir sudah memasuki hari ke sepuluh.
Menurutnya, melihat kesan banjir ini memberi kesedaran dalam kalangan penyampai bertapa penduduk kampung tidak dapat tidur lena untuk membersihkan rumah dengan hanya dibantu dalam kalangan ahli keluarga mereka sahaja.
“Kami difahamkan oleh penduduk kampung, banjir kali ini sangat cepat berlaku menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkan peralatan di dalam rumah mereka.
“Kita menyeru kepada orang ramai yang ingin terlibat dalam membantu dialu-alukan bagi memastikan penduduk kampung dapat menjalankan aktiviti mereka seperti sedia kala,” katanya.
Mengulas mengenai kongsep CSR Radio ini Felix berkata, program perihatin ini akan diperluaskan di masa depan bagi memastikan penyampai radio berpeluang menyelami sendiri masalah yang dihadapi di kawasan berlakunya kejadian seumpama ini.
“Langkah ini selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dalam konsep ‘Keluarga Malaysia’ tanpa mengira kaum serta fahaman politik bersama berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.