Sabah rekod kedatangan seramai 1.88 juta pelancong dalam tempoh Sembilan bulan pertama tahun ini – Christina

KOTA KINABALU: Sabah telah merekodkan seramai 1.88 juta pelawat dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan peningkatan positif 58.2 peratus berbanding tem[poh sama tahun lalu seramai 1.19 juta pelawat dengan anggaran resit pelancongan sebanyak RM3.9 bilion.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata daripada jumlah itu, pelawat domestik merekidkan seramai 1.28 juta, manakala pelawat antarabangsa seramai 596,515 orang.

“Anggaran kehadiran pelancong disasar pada tahun ini adalah seramai 2.2 juta dengan anggaran resit pelancongan sebanyak RM4.5 bilion.

“Anggaran tahun ini hampir dicapai berdasarkan statistik terkini ketibaan pelawat setakat bulan September,” katanya menjawab pertanyaan (Dr Yusof Yaacob-Sindumin) di Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Christina menambah bagi tahun ini, jumlah ketibaan pelancong yang dianggarkan adalah kenaikan 15-25 peratus daripada jumlah anggaran ketibaan pelancong.

Namun begitu, katanya, jumlah ini tertakluk kepada semakan berdasarkan situasi semasa ekonomi global, jumlah penerbangan yang masuk ke Sabah dan juga trend pelancongan