KOTA KINABALU : Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan pemantauan jalan raya penyelenggaraan tiga kategori nilai kerja iaitu Penyelenggaraan Rutin, Penyelenggaraan Berkala dan Penyelenggaraan Kecemasan ( Routine Maintenance, Periodic Maintenance dan Emergency Maintenance), di negeri ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmy Yahya berkata, pemantaun yang dilakukan termasuklah melakukan rondaan berkala serta pemeriksaan rutin oleh syarikat konsesi selepas melalui aduan orang awam.
Menurutnya, bagi prosedur Routine Maintenance dilakukan syarikat konsesi, jalan raya yang didapati rosak seperti crack/pothole, perlu disenggara secepat mungkin dalam tempoh 24 jam untuk Jalan Protokol serta tiga hari untuk Jalan Bukan Protokol.
“Jalan Protokol adalah merujuk pada jalan-jalan utama di kawasan bandar dan jarak terkumpul berjumlah 80 km.
“Sementara itu, Jalan Bukan Protokol adalah berjumlah 4,731 km di sekitar kawasan bandar dan 560 km jalan berturap di kawasan luar bandar,” katanya pada mwnjawab pertanyaan (Datuk Frankie Poon Ming Fung-Tanjong Papat) pada Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.
Shahelmy merupakan Timbalan Ketua Menteri III berkata, pemantauan ini penting bagi memastikan keadaan jalan selamat dilalui serta mengemukakan laporan segera sekiranya terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan.
“Kementerian menyedari pemantauan dilakukan, isu kerosakan jalan yang tidak diselenggara dengan teratur masih berlaku dari semasa ke semasa berusaha mendapatkan dana agar kerja pembaikan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual.
“Dari segi jadual pemantauan, syarikat-syarikat konsesi dan kontraktor penyenggaraan di bawah seliaan JKR Sabah melaksanakan pemeriksaan rutin setiap minggu bagi setiap jalan di bawah senggaraan syarikat masing-masing,” jelas Shahelmy.
Beliau menambah, sehingga 30 Oktober, sebanyak 2,230 NCR telah diberikan kepada syarikat konsesi untuk kerja-kerja penyelenggaraan untuk tindakan penyelenggaraan semula di seluruh negeri ini.