KOTA KINABALU: Sabah akan melancarkan Ekspo Pengembaraan dan Pelancongan Sabah (SATTEX 2022) buat julung kalinya bagi memulihkan sektor pelancongan domestik negeri ini.
“Kami merasakan acara ini dapat
menawarkan peluang penting untuk
membantu pemain industri pelancongan kecil dan luar bandar menjual produk mereka,” kata pengerusi penganjur, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal semasa sidang media di sini, kelmarin.
Acara tiga hari yang akan diadakan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang dari 24 hingga 26 Jun, dan bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pelbagai produk dan tarikan pelancong kurang dikenali yang ditawarkan Sabah.
“Sektor pelancongan terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Kami mahu memberi tumpuan usaha untuk membantu pemain pelancongan luar bandar, pelancongan mikro dan B40 bangkit semula seperti pemilik inap desa dan pengusaha taman kambing di
Ranau,” kata Dayang Khatijah.
Beliau juga berkata pemain pelancongan dari negeri lain turut dijemput menyertai SATTEX 2022 yang merangkumi sektor pelancongan dari Selangor, Melaka dan Terengganu, sambil menyatakan peserta
akan tertumpu kepada pasaran pelancongan dalam negeri dan domestik.
“Ini adalah kerjasama dua hala; ia menunjukkan bahawa kita juga harus melancong dalam Malaysia. Mari kita tunjukkan sokongan kita kepada pengusaha pelancongan tempatan kita,” katanya.
Dayang Khatijah yang juga presiden Persatuan industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah berkata, antara acara ekspo ini adalah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah termasuk tiket penerbangan domestik dan Bali, serta kempen derma darah.
Ekspo ini juga akan menampilkan pelbagai forum dan bengkel, serta gerai pameran yang mempamerkan makanan
tradisional dan pertunjukan kebudayaan Sabah.