KOTA KINABALU: Sabah bercadang meminda Enakmen Hutan 1968 agar kerangka perundangan perhutanan negeri bergerak selaras pindaan terhadap Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cadangan pindaan itu selepas diluluskan Dewan Rakyat Julai mencakupi pelbagai aspek lebih mencabar dalam dunia perhutanan termasuklah memenuhi agenda antarabangsa.
Katanya, ini bagi mengatasi isu perubahan iklim, kaedah mitigasi melalui perdagangan karbon dan pemuliharaan biodiversiti.
âSerta memperkemas ruang kerjasama antara pelesen Sustainable Forest Management Licence Agreement (Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA)) dengan Kerajaan Negeri, selaras dengan visi pengurusan hutan mampan.
âKerajaan negeri menjalankan usaha serupa untuk meminda Enakmen Hutan 1968 bagi memastikan kerangka perundangan perhutanan negeri dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa iniâ, katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Perhutanan Tahun 2022 (MAPT2022) di Sabah International Convention Centre, hari ini.
Hajiji berkata, pindaan terhadap APH 1984 bertujuan meningkatkan perlindungan hutan kekal di Malaysia, dan telah menggariskan syarat-syarat yang ketat untuk pewartaan keluar sebarang kawasan hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia.
âDalam aspek ini saya percaya mereka telah mencontohi kita, kerana ia lebih awal diamalkan di Sabah.
âSaya juga difahamkan bahawa melalui pindaan APH, kadar denda, hukuman dan penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar juga telah dinaikkan.
âBerdasarkan kepada perkembangan ini, saya menyarankan agar Jabatan Perhutanan Sabah dan juga jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Peguam Besar Negeri dan Pejabat Setiausaha Hasil Bumi, untuk terus mengkaji semula peruntukan-peruntukan yang ada dalam Enakmen Hutan 1968, dan mengasimilasikan pindaan-pindaan yang telah dibuat itu, mengikut kepentingan Kerajaan Negeriâ, katanya.
Menurutnya,usaha juga perlu terus ditambah baik bagi memantapkan pengurusan kawasan hutan simpan, dalam menyokong dasar kerajaan untuk mengekalkan sekurang-kurang 50 peratus keluasan tanah negeri dilitupi kawasan berhutan, serta mencapai 30 peratus Kawasan Terlindung Sepenuhnya (Totally Protected Areas (TPA)).
Hajiji mengucapkan syabas kepada Jabatan Perhutanan Sabah kerana telah berjaya mengorak langkah awal meletakkan sasaran 30% kawasan TPA negeri Sabah mendahului negeri-negeri dan wilayah lain di Malaysia.
âAtas usaha Ketua Konservator Hutan dan kerja berpasukan yang diamalkan warga Perhutanan, kita rakyat Sabah berbangga kerana separuh daripada keluasan negeri ini masih kekal dilitupi hutan.
âKita sebenarnya adalah antara penyumbang utama dalam mitigasi perubahan iklim yang sedang melanda dunia.
âBeberapa langkah proaktif telah diambil untuk mengelakkan hutan kita daripada terancam pada masa hadapan melalui pemantapan aktiviti penguatkuasaan dan pengurusan hutan secara mampan.
âAntaranya ialah melalui usahasama oleh Kerajaan Negeri bersama-sama dengan pemegang SFMLA, melalui konsep smart partnership.
âMelalui usahasama ini, seluas lebih kurang 1.65 juta hektar kawasan Hutan Simpan Komersial Kelas II telah pun dilesenkan kepada pemegang lesen SFMLA, untuk diurus melalui konsep Pengurusan Hutan Mampanâ, katanya.
Menurutnya, beliau telah melawat dua buah kawasan SFMLA iaitu Jawala Plantation Industries Sdn. Bhd. Dan Sapulut Forest Development Sdn. Bhd pada Julai lalu untuk melihat sendiri kemajuan pembangunan ladang hutan di kedua-dua kawasan.
âSaya mendapati kedua-dua kawasan ini telah menunjukkan kemajuan positif dalam membangunkan ladang hutan dalam kawasan lesen mereka.
âPencapaian ini perlu dijadikan contoh oleh semua pemegang lesen SFMLA yang telah diberikan amanah untuk membangunkan ladang hutan di Sabah.
âSemoga momentum pembangunan ladang hutan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan di masa hadapan, bagi mendokong hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perladangan hutan secara progresifâ, tegasnya.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri juga berharap warga kerja Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) mengaplikasikan transformasi digitalisasi dalam perkhidmatan harian agar sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam.
âIni terutamanya bagi sektor perhutanan dapat ditambah baik secara berterusan, disampaikan dengan lebih pantas dan memberi kepuasan kepada pelanggan serta rakyat Sabah khususnya,â katanya.