LABUAN: Kerajaan meluluskan peruntukkan berjumlah RM1.5 bagi melaksanakan 19 projek pembangunan kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Mohd Raffi Datuk Alli Hassan berkata, peruntukkan itu di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Katanya, peruntukkan membabitkan pembinaan baharu jalan serta 20 baik pulih rumah dan lima rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).
“Pelaksanaan projek pembinaan rumah ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat, manakala projek jalan konkrit sehingga kini mencapai 50 peratus status pembinaannya.
“Apabila siap sepenuhnya projek ini ia sudah tentu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sekali gus membuktikan kerajaan perihatin terhadap masalah ini,” katanya di sini hari ini.
Mohd Raffi juga menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana meluluskan peruntukkan tersebut untuk pembangunan luar bandar di pulau ini.