Ribut petir diramal landa Sabah, mulai Khamis

KUALA LUMPUR: Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di perairan barat Sabah selama tiga hari mulai Khamis ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan MetMalaysia pada 2 petang ini, keadaan itu diramal berlaku berikutan satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat laut menuju ke selatan China.

“Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin baratan di perairan barat Sabah dalam tempoh 13 hingga 15 Julai.