PAPAR : Seorang remaja maut selepas dilaporkan lemas ketika mandi sungai bersama dua lagi rakannya dalam kejadian di Kaiduan, di sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata dalam, kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, dua lagi rakan mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan diri.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4 petang.
“Berdasarkan maklumat pengadu, terdapat tiga orang mangsa dilaporkan melakukan aktiviti mandi-manda, di mana seorang mangsa dikhuatiri lemas.
“Dua lagi mangsa dilaporkan selamat dan dihantar ke hospital menggunakan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kereta keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Rozlan berkata, mangsa ketiga ditemui orang awal kira-kira 20 minit sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Ketika tiba di lokasi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.20 petang” jelas Rozlan.