SANDAKAN: Seorang remaja lelaki hilang disyaki lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda di laut bersama rakan-rakannya di kawasan Kilang Sinora, Batu Sapi, petang semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, pihaknya menjalankan
operasi carilamat dijalankan di sepanjang persisiran pantai di kawasan tersebut.
Katanya remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Mohd Amiruddin Juhardin masih belum ditemui semalam dan operasi mencari akan disambung hari ini.