Rakyat Sabah yakin terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah – Johainizamsahah

KOTA KINABALU : Rakyat Sabah menaruh kepercayaan tinggi sekali gua yakin terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lamag, Johainizamsahah Johari berkata, kepimpinan Sabah tidak perlu tunduk dengan desakan yang tidak berasas.

Katanya, kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, jelas tidak masuk akal dan dangkal.

“Desakan mereka supaya Ketua Menteri meletakkan jawatan, bukanlah satu keperluan pada masa ini, memandangkan segala isu tular hanya spekulasi semata-mata serta masih belum terbukti kebenarannya. 

“Setakat ini pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara itu. 

“Adalah lebih wajar kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johainizamsahah berkata, kes rasuah melibatkan Ketua UMNO UMNO harus diberi perhatian kerana ia memberi impak negatif terhadap kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negeri Sabah.

“Pemimpin terbabit sepatutnya melepaskan jawatan kerana  menghadapi krisis integriti, reputasi, dan kredibiliti berikutan penglibatan dalam skandal rasuah.

“Ambil langkah melepaskan jawatan secara sukarela untuk memberi laluan kepada individu yang lebih berintegriti dan berwibawa demi kebaikan parti itu yang semakin terhakis sokongan,” jelas Johainizamsahah.

Menurutnya, tindakan mendesak dan mencadangkan pelantikan atau pengunduran pemimpin tanpa sebab kukuh boleh mengundang keretakan hubungan antara Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan Sabah.