KOTA KINABALU: Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr Yusof Yacob menyaksikan penyerahan zakat perniagaan RM125,972.00 bersama anak syarikatnya Celcom Timur Sabah Sdn Bhd RM1.05 Juta untuk tahun 2022.
Majlis itu di adakan sempena program berbuka Puasa Bersama Anak Anak Yatim dan Pengagihan Zakat Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad yang diadakan di sini semalam.
Dalam perkembangan sama, ketika berucap di majlis itu Dr Yusof berkata, beliau ingin melihat Qhazanah Sabah Berhad berkembang serta berdaya saing seperti GLC gergasi milik Kerajaan negeri Johor, JCORP.
“Kita mahu kemajuan dan keuntungan Qhazanah kelak akan dapat memberikan dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri.
“”Ini sudah tentu hasilnya kelak akan dapat dinikmati dan dirasai oleh rakyat Sabah keseluruhannya selaras dengan peranan Qhazanah sebagai syarikat pelaburan strategik milik Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Qhazanah Sabah Berhad. Ahmad Rizal Dahli, Group CEO Qhazanah Sabah Berhad dan Pengerusi Suria Capital Holdings Bhd, Datuk Faisyal Diego.