Pusat Kebudayaan Sabah Diwijudkan Di KK – Christina

KOTA KINABALU: Sebuah Pusat Kebudayaan Sabah bakal diwujudkan bagi mempamerkan keunikan budaya lebih 35 etnik, sekali gus membantu merancakkan industri pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar   Datuk Christina Liew berkata sudah tiba masanya satu pusat kebudayaan diwujudkan di Sabah bagi mempelbagaikan produk pelancongan.

Beliau berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti tapak tanah yang sesuai untuk tujuan itu, khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

“Biasanya destinasi pertama yang pelancong ingin lawati (di sekitar pusat bandar) ialah muzium dan pusat kebudayaan.

“Dengan sokongan kerajaan negeri, kita berharap cadangan mewujudkan Pusat Kebudayaan Sabah ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi,” katanya.

Christina dalam ucapannya, Christina berkata perayaan Kaamatan merupakan wadah terbaik untuk memantapkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.