Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Sabah Masih beroperasi dan WIFI komuniti dinikmati di dalam PEDI

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan bahawa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Sabah masih beroperasi seperti biasa dan ketersediaan Wifi Komuniti masih boleh dinikmati di dalam kawasan PEDi.

Sebelum ini, portal Sabah News Today pada 23 Julai lepas melaporkan mengenai ratusan ribu pelajar di luar bandar yang terjejas akibat penamatan khidmat jalur lebar secara percuma di negeri Sabah.

Ia menerusi kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir dan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan amat prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar di luar bandar dan mengesyorkan para pelajar untuk menggunakan kemudahan yang telah disediakan di PEDi sebagai alternatif yang sesuai untuk pembelajaran dan perkongsian pengetahuan buat masa ini.

Menurut kenyataan itu PEDi merupakan tempat yang kondusif untuk mengejar ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran digital dalam era teknologi yang semakin maju.

Tambah kenyataan itu lagi, sebelum ini, PEDi dilengkapi dengan konfigurasi Hub dan Spoke yang mana PEDi berfungsi sebagai Hub manakala perkhidmatan wifi yang kini dikenali sebagai Wifi bertindak sebagai Spoke.

SKMM menyatakan bahawa Wifi Komuniti ini disambungkan dengan PEDi melalui teknologi tanpa wayar dan setiap PEDi dikonfigurasikan dengan capaian kelajuan minimum 20Mbps yang dikongsikan di seluruh Hub dan Spoke.

Menurut kenyataan itu, walaupun perkhidmatan Wifi Komuniti secara Spoke telah dihentikan setelah kawasan-kawasan tersebut telah mempunyai perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G dengan pakej yang lebih berkualiti.

Pakej Jalur Lebar Perpaduan/Pakej Rahmah diperkenalkan untuk membantu Wifi Komuniti di sekitar kurang berkemampuan.

Jalur Lebar mereka yang kawasan PEDi masih tetap boleh dinikmati oleh komuniti setempat.

Tambahan pula, di PEDi juga disediakan tablet untuk dipinjam oleh pengunjung sekiranya semua komputer terminal digunakan pada masa itu.

Sehubungan itu, MCMC akan terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan Internet yang berkualiti demi kemajuan pendidikan dan pembangunan komuniti di Sabah.

Sebarang pertanyaan perkara ini boleh berhubung dengan Pengarah MCMC Negeri Sabah, Izani Othman menerusi email : izani.othman@mcmc.gov.my