LAHAD DATU: Lebih 400 orang penyokong Parti Warisan (WARISAN) menyambut ketibaan calon Datuk Mohd Yusof Apdal di Lapangan Terbang Lahad Datu hari ini.
Ketika ditemui media beliau berkata, WARISAN yakin dapat memperjuangkan isu serta hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“WARISAN secara konsisten dalam perkara ini…Penerimaan rakyat khususnya di kawasan Lahad Datu sangat baik sekali gus yakin mereka dapat mengekalkan kemenangan WARISAN pada 19 November nanti,” katanya.
Mohd Yusof menzahirkan rasa syukur selepas terpilih sebagai calon Parlimen Lahad Datu serta berjanji akan sentiasa memberikan kerjasama kepada jentera di peringkat akar umbi.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku dan ADUN Kunak yang sentiasa memberi sokongan sekali gus memastikan kemenangan pada 19 November ini,” katanya.
