26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

PRU15:Mohamaddin Ketapi tidak pertahankan Kerusi Parlimen Lahad Datu

LAHAD DATU: Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan tidak bertanding  untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ke-15 ini.

Menurutnya, beliau akan terus  kekal berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mewakili rakyat di kawasan Itu.

“Sebelum ini saya pernah menyatakan kesediaan bertanding serta mempertahankan Parlimen Lahad Datu.

“Selepas membuat beberapa pertimbangan serta menilai pergolakan politik semasa menyebabkan saya membatalkan hasrat untuk bertanding pada PRU15 ini.

“Raykat letih serta jemu melihat keadaan pergolakan politik di  tanahair yang tidak berkesudahan ini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Mohamaddin berkata, beliau fokus serta meneruskan tugas selaku ADUN Segama dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Rakyat kian tertekan akibat peningkatan kos sara hidup semakin tinggi, disamping kekurangan bekalan makanan serta tiada peluang pekerjaan di sediakan kerajaan,” katanya.

Beliau memohon maaf kepada seluruh pengundi Parlimen Lahad Datu atas keputusan tidak bertanding pada PRU15 ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles