24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

PRU15: Mahathir sekali lagi bersedia kerjasama dengan pembangkang

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi kesediaannya untuk bekerjasama dengan pemimpin pembangkang.

Katanya, ini khususnya bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

“Kita tetap dengan pendirian tidak berubah…Saya masih ingin mengekalkan prinsip perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan terpalit kontroversi rasuah.

“Yang saya tidak pasti ialah jika pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini telah berubah fikiran dan perasaan terhadap Umno,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mahathir berkata, beliau tidak pasti jika pemimpin PH masih merasa Umno akan merosakkan negara jika kembali memimpin dan akan membawa kembali kleptokrat untuk memerintah.

Minggu lalu, Mahathir sekali lagi menghulurkan tangan pendamaian dengan Anwar dengan menegaskan dia sedia melakukannya demi mengelakkan kerosakan pada negara.

Mengimbas kerjasama pada mereka PRU14, Mahathir berkata dia melakukannya kerana merasa negara ketika itu berdepan dengan kerosakan yang amat besar akibat perbuatan Perdana Menteri Najib Razak dan kleptokrat di dalam kerajaan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles