PRU15: BN Sabah perlu sertai GRS – Dr Jeffrey

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah digesa menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memperjuangkan hak negeri dalam kerajaan persekutuan dengan lebih baik.

Timbalan pengerusi GRS Datuk Dr Jeffry Kitingan berkata, kebanyakan rakyat Sabah mahu parti yang berpangkalan di semenanjung keluar dari negeri itu.

Katanya, Sabah mewarisi situasi politik yang membawa kepada penyertaan parti tempatan dan nasional dalam kerajaan, tetapi beliau percaya ini boleh diubah melalui GRS.

“GRS mengawal kerajaan Sabah, bukan Kuala Lumpur. Jadi, marilah kita sama-sama berjuang untuk Sabah dan Sabah di bawah GRS,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, GRS dan BN Sabah akan bekerjasama pada PRU15 dan akan mengumumkan calon mereka untuk PRU15 19 Nov hari ini.