25 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

PRU15: Jangan Sabotaj calon GRS-BN, pastikan menang – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar tidak berkecil hati sehingga mensabotaj parti.

Katanya, tidak mengapa sekiranya kecewa serta membawa diri, namun mereka haruslah berjiwa besar sekali gus setia pada parti.

“Kalau merajuk sehari dua tidak mengapa, merajuklah….kemudian lepas itu kembali bantu kempen menangkan calon BN-GRS pada PRU15 ini.

”Kita akan pastikan dalam PRU15…..Mana kawasan BN tidak bertanding kita menangkan calon GRS….Begitu juga sebaliknya,” katanya ketika berucap mengumumkan calon BN hari ini.

Bung Moktar berkata, dalam masa sama mereka perlu memberi kepercayaan kepadanya bersama Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan Sabah menyumbang kemenangan untuk membentuk kerajaan stabil di peringkat persekutuan nanti.

“Bukan mudah untuk memilih calon dalam kalangan banyak parti dalam BN-GRS) ini. Semua hebat-hebat belaka.

“Mereka semua sangat berkelayakan serta berpotensi besar untuk mengangkat parti serta menang besar dalam PRU15 ini,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles