25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

PRU15 antara ‘Hidup Mati’ BN-UMNO, jentera perlu kerja keras – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Jentera parti perlu berjuang berhabis-habisan bagi memastikan ‘Hidup dan Mati’ Umno – Barisan Nasional (BN) dapat mengemudi negara semula atau sebaliknya.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata sebagai jentera utama parti mereka perlu serius serta berjuang untuk memastikan  kemenangan semua calon BN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dikawasan diwakili mereka.

“PRU15 ini adalah penentu kepada ‘hidup dan mati kita’….Pada PRU14 kita tewas, ketika itu tidak ada dalam kalangan mereka memikirkan untuk UMNO – BN boleh bangkit semula.

“Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis 2019 UMNO – BN berhadapan dengan pelbagai cabaran…Tiada menduga kita mampu menewaskan calon parti Warisan ketika itu menjadi pemerintah di Sabah.

“Berbekalkan semangat juang tinggi serta keyakinan pada Allah SWT kita berjaya membuktikan Umno-BN belum terkubur di negeri Sabah,” katanya di sini hari ini.

Bung Moktar berkata, sehubungan itu semua sayap jentera parti perlu tahu peranan mereka sekali gus bertanggungjawab memastikan calon UMNO-BN tidak terlepas kepada pihak pembangkang.

“Wanita dengan Jalinan Rakyatnya (JR) Pemuda bersama gerak gempur perlu mendekati pengundi muda….Begitu juga Puteri bersama Sistem Informasi Maklumat(IT) memastikan pengaruh di media sosial dapat dilaksanakan,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles