LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohammadin Ketapi, berkempen membantu Calon Barisan Nasional (BN) Datin Maizatul Akmam Alawi di sini hari ini.
Mohammadin dilihat bersama calon BN menyantuni pelbagai masyarakat serta petugas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Segama, Bukit Belacon; Ulu Segama; Tabanak; Jalan Segama North Road; Damroad dan Tengah Nipah.
Terdahulu, Wakili Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Juhari Janan dalam ucapannya berkata, beliau menyeru agar semua pengundi memberikan sokongan kepada Calon BN.
“Calon BN ini kita yakin akan mampu membawa perubahan kepada bandar Lahad Datu jika diberi peluang menjadi wakil rakyat,” katanya.