KOTA KINABALU: Kilang Bersepadu Klinker dan Simen Bersapadu membabitkan nilai pelaburan RM2 bilion di daerah Tongod dijangka akan memulakan kerja-kerja fasa pertama pada pertengahan 2024.
Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn. Bhd, Datuk Masiung Banah berkata, fasa awal itu membabitkan kerja-kerja membina jalan raya aspalit dan pembangunan kilang.
“Fokus utama pemaju ialah membina terlebih dahulu pencawang elektrik dan telekomunikasi selain membina loji rawatan air bersih, ” katanya semasa menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Pada Selasa DUN diberitahu, Sabah menerima pelaburan RM2 Bilion bagi membangunkan Kilang Bersapadu Klinker dan Simen di Tongod yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Perindusterian dan Keusahawanan Negeri Datuk Phoong Jin Zhe.
Masiung yang juga Ahli DUN Kuamut, berkata pembinaan kilang ini akan melalui dua fasa dijangka mampu menghasilkan 1.75 tan simen setahun.
Katanya, kewujudan kilang ini dijangka mewujudkan 1,000 pekerjaan kepada warga tempatan selain membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat.
Katanya apabila beroperasi sepenuhnya, kilang ini dijangka memenuhi keperluan semasa industri pembinaan serta dapat mengeksport ke negara-negara Asia.
Menurut Masiung, projek klinker itu bakal mentransformasikan daerah Tongod selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri mengurangkan kemiskinan yang membawa masuk projek yang berimpak tinggi.
Pada 3 Ogos lalu, perjanjian usahasama (JVA) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Dabah (SEDCO) dan Sri Alam Setia Sdn Bhd untuk menubuhkan Borneo Cement (Sabah) Sandakan Bhd.