PPR Taman Mesra juara Pertandingan Futsal Lelaki sempena Program Malaysia Aktif@Komuniti Sandakan

SANDAKAN : PPR Taman Mesra muncul juara Pertandingan Futsal Lelaki sempena Program Malaysia Aktif@Komuniti Bahagian Sandakan yang diadakan baru-baru ini.

Pasukan tersebut telah menerima hadiah wang tunai RM1,000 bersama medal dan piala.

Manakala, naib juara dimenangi oleh PPR Harmoni diikuti PPR Batu Putih dan PPR Sungai Manila masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Wakil Pejabat Parlimen Libaran, Datuk Salzo Asa telah menyempurnakan majlis perasmian dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada semua yang terlibat di PPR Taman Murni, Batu 7.

Program Malaysia Aktif@Komuniti merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat.

Selain dari futsal, program seumpama melibatkan Pertandingan Bola Jaring telah diadakan pada 14 Oktober lepas sempena Hari Sukan Negara dan Senamrobik setiap hujung minggu di sembilan buah PPR seluruh daerah Sandakan bermula 12 November yang melibatkan 20 pasukan.

Hadir sama, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Sandakan Idi Ladinda.