Polis tahan lelaki bantu siasatan ugutan jenayah

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki selepas bertindak mengugut rakan sekerjanya dengan senjata di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku di sekitar Tawau mangsa diancam berulang kali suspek sebelum bertindak ke Balai Polis untuk membuat laporan.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai telah dikerahkan untuk mengesan dan menahan suspek bagi membantu siasatan dan akan kes disiasat dibawah Sekyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Jasmin berkata, hasil serbuan di rumah tidak bernombor seorang lelaki dikenalpasti sebagai suspek telah ditangkap.

“Barang rampasan melibatkan sebilah parang serta tukul besi dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Tawau untuk tindakan lanjut,” jelas Jasmin.

Meurutnya, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi dan berpada dengan tindakan kerana setiap jenayah akan membawa padah.