31 C
Kota Kinabalu
Thursday, February 9, 2023

PH Sabah sokong penuh Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan – Christina

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata, beliau yakin Perdana Menteri akan mampu melahirkan sebuah kerajaan yang bersih, mampu daya saing, berintegriti tinggi sekali gus fokus kepada pembangunan ekonomi.

“Kita mengucapkan selamat maju jaya kepada Anwar Ibrahim dalam usaha berhadapan dengan pelbagai cabaran besar demi memulihkan ekonomi negara, seterusnya membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

“Kita semua sedar, perkara berkaitan ketirisan serta rasuah tidak dapat diselesaikan dalam sekelip mata, sebaliknya pemimpin kerajaan memerlukan masa mencukupi untuk melaksanakan agenda pembangunan negara.

“Proses membangunkan negara melibatkan penyertaan proaktif dari semua pemegang taruh termasuk masyarakat serta kakitangan awam,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Christina menyeru agar rakyat bersabar kerana sesuatu pencapaian itu bukanlah boleh dikecapi dalam sekelip mata, sebaliknya perlu diberi peluang kepada kerajaan perpaduan untuk membuktikan kebolehan bagi menyelesaikan masalah negara.

Mengulas mengenai kumpulan yang tidak berpuas hati dengan barisan Kabinet Persekutuan yang baharu, Christina berkata perkara berkenaan adalah prerogatif Perdana Menteri.

“Jumlah saiz Kabinet sangat kecil adalah sangat mustahil kepada Anwar ibrahim untuk memuaskan hati semua pihak dari pelbagai parti politik yang menyertai kerajaan perpaduan,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles