24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Perlawanan persahabatan medan uji kecergasan pemain: Nika

Pasukan bole sepak RTM Sabah

Kota Kinabalu : Pasukan Bola Sepak RTM Sabah akan terus mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dalam usaha untuk meningkatkan kecergasan pemain mereka.

Pengurusnya, Nika Andy Anthony berkata, ini kerana beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak covid-19 di seluruh negeri ini.

Katanya, kebenaran sektor sukan dan rekreasi untuk beroperasi semula menjadi berita gembira kepada pasukannya disamping memanfaatkan peluang tersebut untuk menguji kecergasan pemain pasukannya.

“Kita mempunyai ruang yang terbaik dalam siiri perlawanan persahabatan ini bagi menilai prestasi beberapa kakitangan lantikan baharu untuk dipilih beraksi bersama pasukan RTM Sabah.

Pasukan bola sepal Friendz FT.

“Selain itu ini merupakan langkah berterusan untuk kita menguji tahap kecergasan pemain selepas mereka berehat panjang akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Andy berkata, selepas ini RTM Sabah boleh membentuk pasukan yang mantap bagi menghadapi beberapa kejohanan termasuk Sukan RTM Se-Malaysia yang berlangsung tahun depan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan pengurus Friendz FT, Anuar Jusoh berkata, peluang menentang pasukan RTM Sabah digunakan sebaiknya dalam menguji mutu permainan serta persembahan pasukannya.

“Kita dibarisi oleh beberapa bekas pemain Liga Simpanan Sabah. Sudah tentu aspek kecergasan dan mutu persembahan pemain akan dinilai. Sebelum ini Friendz FT berehat panjang akibat dari pandemik COVID-19,” katanya.

Anuar turut memuji mutu persembahan kedua-dua pasukan yang berjaya mempamerkan kualiti permainan pada tahap yang membanggakan.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Friendz FT menewaskan pasukan RTM Sabah dengan jaringan 4-2.

Gol Friendz FT dijaringkan Jumahri; Al-Salleh; Mazlan dan Shuabri manakala RTM Sabah dijaringkan Eric Jayson Justin Mindong dan Rusdi Anuar.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles