Perbadanan Labuan akan tambah baik Bazar Ramadan

LABUAN: Perbadanan Labuan sedia membuat penambahbaikan bagi memastikan program Bazar Ramadan  yang diadakan dibeberapa kawasan berjalan dengan lancar.

Pads masa sama, akan memastikan semua peniaga mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan termasuk menjaga kebersihan lokasi semasa dan selepas berniaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata Ketika ini rata-rata peniaga di Bazar Ramadan memathui semua syarat lesen dan pengendalian makanan yang ditetapkan termasuk kebersihan di setiap lokasi  tempat mereka berniaga.

Beliau mengingatkan kepada masyarakat supaya bersama memainkan peranan dan mengamalkan aspek  kebersihan ketika berada di Bazar Ramadan khususnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas melakukan Tinjuan Mesra Pengoperasian Gerai Jualan di Bazar Ramadan Labuan Walk dekat sini, semalam.

Sebanyak 241 penjaja termasuk usahwan asnaf di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan usahawan di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) menyertai gerai jualan sempena Bazar Ramadan  di Labuan Walk .

Hadir sama,  Pengarah Jabatan Perlesenan Perbadanan Labuan Helmi Bali.