SANDAKAN : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan menahan seorang lelaki lelaki ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu, Selasa lalu.
Lelaki itu ditahan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sandakan ketika hadir di kaunter JPN untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan.
Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah memaklumkan, semakan oleh pegawai JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki terbabit tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.
“Berdasarkan kepada kuasa yang diberikan, lelaki terbabit ditahan oleh pegawai JPN.
Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” menurut JPN dalam kenyataan di Facebook.