Kerajaan GRS-PH Plus selesaikan segera isu air, jalan dan elektrik, bukan tunding salah kepada orang lain – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah – Pakatan Harapan (GRS-PH Plus) perlu mengakui masalah infrastruktur dialami rakyat adalah merupakan kesan hasil daripada pemerintahan daripada kerajaan terdahulu.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar perlu bersetuju dengan kenyataan ini kerana pemimpin yang ada pada pemerintahan lalu juga hampir semuanya masih berada dalam PGRS dan GRS.

Katanya, adakah Nizam lupa memandangkan beliau pun pun pernah berada didalam pemerintahan lalu sekali gus masih ternyata masih gagal untuk menyelesaikan masalah infrastruktur sejak dahulu sehingga kini.

“Kita bukan sabotaj, tetapi ingin berkongsi pandangan serta menyuarakan suara majoriti rakyat Sabah yang kini sedang terbeban serta menghadapi pelbagai masalah kehidupan mereka akibat kerajaan GRS – PH Plus gagal menyelesaikan masalah infrastruktur ini.

“Rakyat Sabah memerlukan penyelesaian segera terhadap masalah yang sudah lama berlarutan sehingga kini secara tuntas dan bukannya hanya kelihatan seperti mengalihkan masalah ini kepada orang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, mengenai projek dimaklumkan kerajaan iaitu penyiapan projek naiktaraf Loji Rawatan Air Kogopon serta Telibong 2 dan Empangan Hidroelektrik Ulu Padas Tenom.

“Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas Tenom ini bukan cerita baru malah sudah menjadi cerita lama manakala Projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa II sudah telah tiga kali diumumkan namun sehingga masih belum lagi beroperasi.

“Jadi siapa yang mahu dipersalahkan?…Sebagai rakyat Sabah kami juga mahu melihat projek ini siap segera untuk mengurangkan beban rakyat. Hampir setiap hari rakyat menghabiskan masa yang lama mahu menyimpan air bersih,” jelas Jeffrey Nor.

Menurutnya, begitu juga rakyat Sabah sangat mengharap agar masalah jalan raya di Sabah dapat diperbaiki segera sementara menunggu siap sepenuhnya projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

“Nizam juga maklum kerana rakyat sangat dibebani hampir setiap hari mengelak jalanraya yang rosak, berlubang. Rakyat sudah tidak lagi tahan berhadapan dengan masalah ini sekali gus menuntut kerajaan menyelesaikan segera isu jalan rosak di Sabah ini.

“Jadi dalam dunia politik yang serba pantas, sudah tentu kerajaan perlu menerima apa jua kritikan dari individu atau orang ramai atau daripada mana-mana parti sekalipun….Oleh itu perubahan drastik diperlukan bagi rakyat Sabah berhak menerima kemudahan yang baik seperti di negeri-negeri di semenanjung Malaysia,” tambah Jeffrey Nor.