Penutupan sementara tempat letak kereta, jalan lorong dewan sempena Latina Jom Malaysia- China 2023

KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama akan ditutup bersempena acara Larian Jom! Malaysia-China 2023 Sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-49 Antara Malaysia dan China ahad ini.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Junainah Abbie berkata antara penutupan jalan tersebut termasuk jalan dan semua tempat letak kereta di Lorong Dewan dan sebahagian Jalan Padang Merdeka.

Katanya, tempat letak kereta yang tersebut akan mula ditutup bermula jam 12 tengah malam hingga 10 pagi, 12 November, manakala, jalan yang terlibat akan ditutup bermula jam 4 pagi hingga 10 pagi pada tarikh yang sama.

“DBKK menasihatkan orang ramai serta pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota penguatkuasa yang bertugas serta menggunakan jalan alternatif.

“Pengguna jalan raya perlu memberi kerjasama kepada anggota penguatkuasa bertugas bagi memastikan keselamatan serta kelancaran trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.